Salam pagi semua dan Assalamualaikum,
Well ini ada sedikit maklumat untuk dikongsi. Memandangkan kucing saya Blackie, malam tadi telah selamat melahirkna 3 ekor anak kucing parsi yang comel2. Maka ingin saya bercerita sedikit beberapa perkara tentang ibu kucing yang bakal mendapat baby.
Jika kita lihat ibu kucing mengandung sibuk le hulur hilir masuk bilik cari kawasan, masuk almari dan sebagainya itu petanda dia dah due date tinggal 24 jam sahaja lagi nak deliver baby. Macam kucing saya, 2 hari sebelum nak deliver, dia dah start kurang makan. Sebab perutnya tak selesa maka itu satu lagi petunjuk penting.
So bila tengok ibu kucing itu dah start duduk diam satu tempat, kalau boleh sediakan bakul atau kotak dan diisi kain atau tuala untuk memberi haba pada ibu dan anaknya. Kemudian toksah kacau, biarkan ia deliver sendiri.
Kebiasaan kalau kita baca buku dan pengalaman saya ibu kucing takkan mengambil masa lebih 12 hingga 18 jam untuk melahirkan anak. Tapi kalau dah sampai 24 jam still tengok meneran dan masih tak menyusukan anak. Maka ibu kucing mungkin mengalami masalah nak deliver anak, maybe ada anak yang tersangkut di dalam. Saya muungkin tak bertembung masalah ini lagi, tapi jika ia berlaku ambil air agak suam atau panas-panas tangan. Kemudian basahkan area peranakan itu, supaya ia membesarkan lagi lubang dan assist. Tapi kalau tak berjaya atau tak berani nak buat bawa ke vet atau call vet ke rumah. Please bawa sekali bakul itu ke klinik.
Di klinik vet, doktor akan bagi injection hormon untuk memudahkan anak itu keluar. Apa yang saya risau might be jika anak kucing itu terjerut dengan tali pusatnya pasti akan menjadi masalah besar.
Ok selepas semua dah keluar dan ok ajer, cuba tengok keadaan baby itu perlahan-lahan dan minta kebenaran mummy kucing itu. Kalau ada tali pusat masih belum tanggal dan panjang ambil getah atau apa jua penyepit kepit tali pusat itu dan ambil gunting potong. Kemudian kalau ada iodin atau ubat kuning sapu pada area perut baby. Ini untuk mengelakkan infection pada baby sebab kadang-kadang ibu baby terlalu penat sampai lupa nak gigit tali pusat anaknya.
Kalau ibu baby itu prihatin dan biasa menjilatkan babynya itu sudah bagus dan biarkan. Tak perlu dikacau. Yang penting kesemua mesti hidup dan bersuara. Tapi kalau ibu baby itu tak mahu menyusukan dan menguruskan baby itu masalah besar bagi kita. Anda perlu mencari ibu angkat kucing untuk memberi susu dan menjaga anak itu sehingga umur sekurang-kurangnya 3 bulan. Dari pengalaman saya, kalau kita cuba menjaga anak kucing yang baru sehari lahir dengan memberi susu KMR (kitten milk replacer) memang sangat susah. Chances untuk ia hidup sangat rendah less than 10% sebab ia tiada susu kucing sebagai pembekal immuniti badan.
Ok lah sahabat semua, saya kira dah banyak saya bercerita tentang perkara ibu kucing dan kelahirannya. Insya Allah saya cuba sampaikan lebih panjang tentang tajuk ini pada masa lain. Sekiranya ada komen dan pendapat mahupun pertanyaan saya sudi menerimanya. Wassalam
Dr H
Blog berkenaan kucing, dunia haiwan, haiwan makmal, kerjaya veterinar dan bisnes. Macam-macam ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024
Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...
-
Gambar-gambar di atas adalah merupakan contoh bagaimana rupa kucing anda jika dijangkiti penyakit ini. Yang pasti ianya membuatkan anda tida...
-
Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua, Saya kembali untuk menjawab persoalan anda secepat mungkin dan tahun ini saya berazam u...
-
Terima kasih Nurshazuanee bertanyakan soalan. Maka saya akan jawab sebaiknya. Dibawah adalah soalannya. salam,utk pngtahuan Dr kucing s...
No comments:
Post a Comment