Salam semua hari ini saya mungkin tidak akan berbicarakan tentang kesihatan haiwan dan sebagainya. Saya ingin membuat sedikit bingkisan hati yang perlu diceritakan.
Well saya ada sedikit kerisauan sejak malam semalam. Memang semalam hari yang agak lain, setelah saya keluar membeli barang dari sebuah pusat membeli belah saya menuju ke parking lot motor saya.
Mungkin time tu dah kul 8 malam, dan motor agak kurang namun saya merasa sedikit gusar melihat ada beberapa lelaki bermotor sedang menunggu di sekeliling parking lot. Saya cuba hilang kerisauan itu, saya bawalah motor saya pergi. Namun baru 1 km berada di jalan raya, saya persaan ada beberapa motor seperti dalam keadaan mengekori sesuatu iaitu saya. Huh risau saya, dan cuba saya meneliti gerak geri mat-mat motor terbabit, sampai satu simpang mereka masuk ke arah berlainan dari saya. Hati saya agak lega la, namun setelah sampai ke stesen minyak dalam 1 km kehadapan, sy berhenti untuk membeli sesuatu saya perasaan group motor itu tadi sdang menunggu sesuatu. Dan salah seorang darinya berada di motor saya seperti lagak menunggu saya.
Nasib ketika itu disekeliling ada beberapa pakcik pemandu teksi sedang melihat gelagak mereka. Saya buat seperti biasa untuk menaiki motor, lelaki itu memberi laluan untuk saya menaiki motor dan berlalu pergi. Saya terus pergi dan memecut pulang ke rumah. Huh saya sungguh-sungguh risau kenapa lelaki-lelaki itu mengekori saya. Saya ada buat salah? pada kumpulan tersebut. Saya selalu terbaca akibat salah faham selalu mangsa dipukul kumpulan motor. Apa patut saya buat? Saya nekad untuk tidak kembali ke tempat itu untuk beberapa bulan lamanya.
Saya berdoa pada Allah supaya lelaki-lelaki itu telah melupakan saya selamanya dan membatalkan apa jua niat mereka. Saya harap tekaan saya yang mereka mengekori saya itu salah. Malam tadi saya menangis di sejadah berdoa agar Allah menjaga keselamatan saya dan keluarga dari mereka-mereka ini. Serius saya cakap, saya tak mahu perkara buruk terjadi.
Wassalam
Dr. H
Blog berkenaan kucing, dunia haiwan, haiwan makmal, kerjaya veterinar dan bisnes. Macam-macam ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024
Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...
-
Gambar-gambar di atas adalah merupakan contoh bagaimana rupa kucing anda jika dijangkiti penyakit ini. Yang pasti ianya membuatkan anda tida...
-
Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua, Saya kembali untuk menjawab persoalan anda secepat mungkin dan tahun ini saya berazam u...
-
Terima kasih Nurshazuanee bertanyakan soalan. Maka saya akan jawab sebaiknya. Dibawah adalah soalannya. salam,utk pngtahuan Dr kucing s...
No comments:
Post a Comment