Tuesday, July 17, 2012

Kenapa nak bela kucing??? yerk

Salam sejahtera, Assalamualaikum wahai pembaca sekalian,

Baiklah topik saya kali ini agak santai tapi mungkin akan memberi sedikit buah tangan untuk dibaca dan difikirkan. Tengok orang lain bela kucing, tiba-tiba lak kita ada keinginan nak bela kucing juga. Eh tunggu takkan senang camtu jer nak bela kucing. Ye la kan mentang2 kucing kampung jer takpun kucing kutip.Walau apa kucing sekalipun kena lah ingat bela kucing macam membela anak angkat, dan perlu tanya dulu naper saya dan bela kucing.

Terfikir atau tidak ramai orang bela kucing sebab pelbagai perkara, sayang, nak buat duitlah, bosan sorang-sorang. Haha saya sendiri ada 5 ekor kucing di rumah, tapi saya part time jer, yang full time my ibu. Ni pun ada newly birth 6 ekor, hope survive. So semua sekali dalam 11 ekor kucing parsi.

Ok la berbalik pada soalan, naper nak bela kucing. Saya bagi faktor-faktor yang mungkin berlaku..

1. Nak sayang kucing
2. Bosan sorang-sorang di rumah takde teman
3. Leh buat duit terutama jual anak  kucing eksotik macam Bengal.
4.Nak tangkap tikus
5. Sunnah Nabi
6. Halau hantu
7. Sebab minat / hobi
8. Nak jadi doktor vet
9. Kesian
10. Lain-lain

Ok la pembaca sekalian, anda di dalam kategori mana yerk.. Jom kita tengok satu-satu kelayakan atau faktor di atas. Kalau nak bela kucing sebab suka sayang kucing, itu bagus dan itu part yg best sebab dapat sayang kucing. Tapi part yang tak best nak kena bagi makan kucing, buang tahi kucing mandikan kucing dan macam-macam hal kebersihan diri kucing. Kalau anda jenis tak suka kotor-kotor najis like that lupakan.

Kedua sebab bosan, well thats nice sebab bosan nak bela laa kucing sebab jadi peneman. Malah jenis macam ni boleh la habiskan masa bosan itu dengan beri makan kucing, mandikan kucing, bersihkan tahi kucing, groom kucing.  That is ok la kalau anda sedang mencari kucing untuk menghilangkan kebosanan. Tapi takut lak bila dah tak bosan, kucing dibiarkan. Nanti kucing itu lak bosan.

Ketiga ni jenis bisnes punyer, dia sanggup kena kotor najis kencing kucing sebab nak pastikan kucing itu cantik molek dan dapat dijual.At least boleh beri balik modal jaga kucing. Kucing parsi di pasaran sekarang dalam RM 800 ke atas untuk yang anak kucing. Bayangkan awak ada 10 ekor anak kucing parsi dijual harga RM800. Mahu dapat RM8000 semudah itu. Jenis macam ini kurang penyayang, dan tau bermain duit. Takpelah bairkan luncai terjun dengan labu-labunya laa.

Nak tangkap tikus, eh biar betul nak bela kucing sebab nak tolong tangkap tikus rumah. Hampir semua kucing yang pernah famili saya bela langsung tak pandai tangkap tikus. So good luck laa bagi yang memilih faktor itu.

Sunnah Nabi, satu niat yang murni. Nabi Muhammad SAW memang ada seekor kucing yang rapat degan baginda. Baginda tak pernah mencederakan haiwan seperti kucing ini. Malah Nabi memberi nama Muazza pada kucing nabi. Nabi memberikan segala keperluan secukupnya untuk kucing baginda. Jadi bagaimanakah keperluan yang diberikan anda pada kucing, sangat memuaskan atau tidak.

Halau hantu ker... hahahaha ini first time saya dengar. Mentang-mentang la kucing ini sejak dari zaman Nabi Musa ada, maka macam2 cerita seperti ini berlaku. Well bagi saya it is least likely, walau orang Mesir kata Kucing ini boleh menakutkan Mumia dan Hantu. Bagi diri saya amat-amat kurang percaya.

Hobi dan minat bela kucing itu suatu nawaitu baik untuk menjaga kucing. Mereka ini jenis yang sangt suka dan penyayang pada haiwan terutama kucing. Malah ada diantara mereka sangat tahu menguruskan seharian kucing, malahan juga ada mereka yang lebih pandai dalam hal-hal berkaitan kucing seperti kesihatan daripada doktor vet sendiri.

Sebab nak jadi doktor vet maka u kena bela kucing. Haha, maybe sebab nak biasakan diri dengan haiwan so kena la pandai jaga kucing. Tapi sebenarnya tak berapa perlu laa.

Kesian, itu terms yang selalu didengari oleh tuan punya kucing di klinik haiwan terutama . Bila ditanya kenapa ambil kucing busuk tu dari sampah, si anak menjawab kesian ayah kaki dia kena potong la cederala. U memang bagus dan dapatlah pahala, tapi kena kuat hati menjaga kucing ini sebab ia bukan kucing kamu dan mungkin tuannya mencari maka u kenan bagi balik. Sekarang ini banyak sentimen bencikan kucing berlaku di negara kita, ada yang kena potong kaki sebab curi ikan la, kena air panas la.

Dan lain-lain faktor itu mungkin faktor yang tak terrungkai...

Oklah sahabat, saya cuma bagi sedikit mukadimah terbaru berkaitan hal ehwal kucing dan penjagaan,
Sehingga ketemu lagi lain hari, mata pun dah ngantuk nak tido. Byeee Wassalam

Dr H

2 comments:

  1. Assalamualaikum doc. ni kali pertama sy baca blog doc, dan sy sgt2 tertarik dgn ilmu yg doc kongsikan..sy salah seorg pencinta kucing..drpda kecik sy mmg suka dan bela kucing. faktornya sbb sy SAYANG, dan sunnah Nabi. byk cabaran bela kucing, ada ahli keluarga sy yg x suka dan kadangkala bila dh terlalu byk terpaksa bg org/hantar kedai makan.(sedih). kucing sy ada mcm2 jenis. mix parsi-siam. induk siam, bila beranak dpt mix-parsi ekor kembang. bila yg mix-parsi beranak, ada yg lahir jd siam, ada yg jd kucing kg..byk baka ayah agaknya huhu. seronok bela kucing, bila dia manja dgn kita. boleh buat kita hepy. tu yg sy rasa..i love cats !!

    ReplyDelete
  2. w'salam, sgt bagus bagi awak, sebenarnya hubungan kucing dengan manusia sgt rapat, kalau mcm kucing kita dh bertahun dengan kita ia menjadi sebahagian keluarga kita. kucing saya pernah selamatkan family saya dengan membunuh seekor ular kecil yg tidak sengaja masuk rumah kami. malah kucing saya akan cuba buat sesuatu yg agak pelik kalau nak perhatian kami. jadi kalau bila kita dah tk suka kucing itu dna buang ia, kucing itu akan merasa kita seperti mengkhianati kepercayaan kucing itu sendiri. malah bekas kucing saya dulu pernah saya nak buang kat pasar mase sy kecil2 dalam 2km dari rumah, lepas 2 hari kucing saya dtg balik rumah. Means ia dh ada rasa home sweet home di rumah itu. jadi be kind to cat, kat syurga nanti kucing itu yg akan doakan kebaikan kita. trust me i'm a vet.

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...