Saturday, July 28, 2012

Sambungan kepada Makanan yang tidak patut anda beri pada kucing



Saalam sejahtera semua pembaca,

Ok kita sambung sedikit, kalau hari itu saya hanya beri sehingga alkohol memang tidak boleh diberi pada kucing.

Next makanan yang tidak patut anda beri pada kucing ialah:

Anggur dan kismis adalah makanan yang agak merbahaya kepada kucing, tapi kepastiannnya  masih diragui. Kenapa saya cakap begitu sebab tidak banyak laporan kes atau kajian kes mengatakan jenis makanan ini akan memberi kemudaratan kepada kucing, cuma ada beberapa kes terpencil. Namun mereka percaya bahawa dengan makan anggur dan kismis boleh memberikan masalah buah pinggang kepada kucing. Dengan pemberian dalam bentuk kuantiti kecil diakatakan boleh menyebabkan kucing anda muntah-muntah

Kafein atau minuman makanan berasaskan kopi dan seangkatan dengannya juga boleh memberikan masalah pada kucing. Masalah yang dikatakan ialah kafein ketoksikan. Simptom keracunan kafein yang anda boleh lihat pada kucing ialah kegelisahan seperti orang dalam keadaan demam dan kepanasan, pernafasan yang laju iaitu boleh dilihat melalui pergerakan toraks atau dada kucing anda, kekejangan otot iaitu anda akan melihat kucing anda seperti dalam keadaan mengeliat atau kejang yang berlarutan beberapa minit. OK kat mana makanan yang anda rasa boleh dijumpai kafein atau kopi, banyak sekali..Kafein boleh dijumpai dalam beberapa minuman coklat, ubat slesema, painkiller dan juga minuman tenaga tambahan seperti Redbulls.

Macam kafein diatas, ia boleh membuat kucing anda terbunuh. Sama juga dengan kisah makanan seterusnya iaitu coklat boleh memberikan kesan maut yang sama kepada kucing anda. Didalam coklat atau koko ada bahan racun pada kucing iaitu theobromine. Jangan risau Theobromine ini hanya merbahata kepada kucing tidak kepada manusia. Apabila kucing memakan coklat ia akan menunjukkan simptom ketidakstabilan denyutan jantung menyebabkan kucing anda tiba2 keletihan, sawan dan terus menyebabkan kematian.



Seterusnya makanan ini adalah selalu dimakan kanak-kanak tapi merbahaya kepada kucing, iaitu gula-gula atau candy dan juga gum. Sama juga bahan dalam ubat gigi sangat merbahaya kepada kucing. Kesemua bahan yang baru saya sebutkan mempunyai bahan dinamakan xylitol. Xylitol ini dipercayai menyebabkan hormon insulin naik dan menjadikan tekanan darah kucing jatuh mendadak. Lalu kucing anda akan kelihatan tidak bermaya, seperti orang keletihan main bola dan akhirnya pengsan, sekiranya perkara ini tidak dibetulkan maka kucing anda boleh maut. Kesan xylitol pada kucing juga boleh membuat hati rosak dan kegagalan hati berlaku.


Tanda-tanda yang anda boleh lihat apabila kucing anda termakan xylitol ialah muntah, kelesuan dan jalan secara terhoyong-hayang dan tidak stabil.

Ada lagi satu makanan yang tidak patut anda beri pada kucing. Makanan harian ini biasa anda makan untuk menambah tenaga di permulaan hari. Ingat jangan beri kucing anda makan telur mentah, tak kisah laa telur ayam atau telur itik ker. Memang dari segi logik, telur boleh memberi tenaga tetapi kajian menunjukkan ia ada bahaya. Kerana telur mentah mempunyai jumlah koloni bakteria E.coli dan Salmonella yang tinggi dan boleh membuatkan keracunan perut. Telur putih pula mempunyai sebatian dinamakan avidin dan ia boleh mengganggu pengambilan atau penyerapan vitamin B iaiitu biotin oleh badan. Ini juga boleh memberikan masalah kulit pada kucing anda memandang biotin amat penting bagi kecantikan dan kesihatan bulu kucing.




OK-ok ada satu lagi makanan yang biasa anda bagi kepada kucing tetapi sebenarnya ia memudaratkan kucing tersebut. Apa dia yerk???

Hah makanan yang saya sebutkan ialah ikan dan daging  mentah, tolonglah sangat-sangat jangan diamalkan kepada kucing. Kerana pertama sekali ia adalah mentah dan boleh mengundang kepada keracunan makanan. Malah enzim dalam ikan mentah boleh memusnahkan thiamine di dalam tubuh badan kucing, Apa itu Thiamine, ia adalah vitamin B1. Vitamin B1 ini penting untuk penukaran karbohydrat dalam badan menjadi glukosa yang akan digunakan sebagai sumber tenaga utama badan. Kekurangan thiamine akan menyebabkan masalah neurologi pada kucing dna lalu koma.




Jangan bagi hati kepada kucing anda, tak kisah laa hati lembu ker hati kambing ker. Kerana ia boleh memberikan masalah keracunan toksik vitamin A. Sebab ia boleh menyebabkan kekurangan vitamin A dalam badan dan menjurus kepada masalah kerapuhan tulang seperti osteoporosis.


OK la sahabat itu sahaja maklumat saya hendak kongsikan sekiranya ada kesangsian atau perkongsian sila bersama-sama dikomen. Sama-sama kita memberikan yang terbaik untuk kucing kita, tak kira la kucing kampung sekalipun kerana Rasulullah SAW mampu menjaga kucing begitu juga kita, banyak pahala dan manfaatnya Insya Allah.

Dr H

5 comments:

  1. Kalau termakan telur lalat. Macam mana ea? Takut plak saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. telur lalat tidak akan tahan dengan enzim perut yang berasid . Ia akan hancur dan tiada apa2 yang berlaku. Tapi kalau kucing tu sensitif perut, akan berlaku cirit-birit yang sekejap. Jumpa vet minta ubat cirit-birit ia akan baik dalam seminggu. InCha Allah

      Delete
  2. doc, kucing saya selalu diberi daging mentah setiap hari.
    bahaya kah dlm masa panjang?
    sebab sekarang tak nampak apa2 effect lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. daging mentah juga tak sesuai untuk jangka masa panjang. sebab ia boleh memberi risiko kolesterol, kucing akan jadi mengah berjalan. cepat letih, tidur berbunyi. nak bagi boleh jangan selalu atau selangkan dengan makanan lain

      Delete
  3. org ckp hati ayam bgus untuk kucing? untuk gemokkan lg kucing?

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...