Saturday, July 21, 2012

Sedikit tips yang saya belajar: Makanan yang tidak patut anda beri pada kucing..

Salam sejahtera, ada kalanya kita suka beri makan kucing kita sesuatu yg biasa kita makan seharian, ataupun makanan tersebut menjadi kesukaaan kucing kita. Seperti makanan biskut jenama tertentu atau ikan mentah dan sebagainya.

Wahai sahabat kalian, tahukaH anda terdapat makanan ini adalah sebenarnya merbahaya pada kucing kita secara tak sengaja jika diberi kerap kali. Mari saya terangkan satu persatu, moga anda ambil tauladan darinya,

Pertama, tuna dalam tin. OK ia adalah makanan manusia yg dibubuh dalam tin, mcm sardin. Adakala kita ingt ia bagus untuk kucing maka diberilah. Memanglah kucing kita tu suka sangat tapi sebenarnya diet seperti itu tidak langsung seimbang.

Kedua, makanan kucing yg mengandungi onion atau bawang, garlic atau halia. YA saya tahu ada beberapa jenama makanan biskut kucing yang terkenal mengandungi halia, dan bawang. Jangan terperanjat, apabila kucing anda gemar memakan perisa ini, ia akan menjuruskan kepada simptom anemia atau kekurangan darah merah. Ini kerana bahan-bahan ini mampu memecahkan bahan yg membuat sel darah merah kucing lalu berlaku kekurangan darah merah. Maka kucing anda akan menjadi kurang bertenaga, tidak banyak berjalan, tidak aktif dan sebagainya. Ialah macam manusia kalau baru lepas derma darah mesti mcm lembik sikit. Malah makan bawang dalam jumlah yg besar juga boleh menjuruskan kucing anda mengalami keracunan bawang. Dasyat juga masalah ini yerk.

Ketiga ialah susu, ok memang lah masa anak kucing boleh minum susu. Tapi sebahagian besar kucing dewasa memang tak boleh tolerate susu. Malah usus mereka tidak dapat memproses susu dengan baik lalu menghasilkan masalah cirit-birit..

Keempat ialah alchohol. Sememangnya kita tak minum akohol tetapi sekiranya kita memberi makanan yg berakohol kucing akan menjadi koma kerana tahap keracunan itu sgt tinggi bagi otak.

Ok la shabat sy beri separuh dahulu, separuh lagi sy beri keesokan hari maklumlah nak tido. Esok dh mula puasa, nak bangun awal sahur. Selamat bersahur dan puasa pada Umat Islam

Wasalam

Dr H

7 comments:

  1. Terima kasih, teruskan menulis tentang kucing saya sentiasa mengikuti.

    ReplyDelete
  2. Doc,mcm ne dgn produk brewer yeast yg ada garlic tu?

    ReplyDelete
  3. hai afiq, dalam brewer yeast ada ckp garlic cuma 5%,kucing atau anjing sekalipun jika makan dengan percentage kurang dari 5% tidak akan memberi masalah cuma yg dirisaukan adalah terlalu banyak garlic. malah ada antara kita memberi makanan lebihan manusia kepada kucing dan kita sendiri tidak pasti berapa banyak kandungan garlic, maka itu yg patut dibimbangkan

    ReplyDelete
  4. OWH..bru fhm..sy nk tnya ape kegunaan SEBENARNYA brewer yeast??sy dgr grlic blh halau kutu...

    ReplyDelete
  5. ADA SEDIKIT PEMBETULAN DI ATAS ADA SAYA TERLETAK GARLIC IALAH HALIA, SORRY TYPE IA SEBENAR BAWANG PUTIH

    ReplyDelete
  6. SAYA AKAN POST TERBARU BERKENAAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GARLIC KEPADA KUCING

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...