Blog berkenaan kucing, dunia haiwan, haiwan makmal, kerjaya veterinar dan bisnes. Macam-macam ada.
Sunday, January 13, 2013
Friday, January 11, 2013
PERSOALAN PENJAGAAN KUCING SELEPAS PEMBEDAHAN
Terima kasih Nurshazuanee bertanyakan soalan. Maka saya akan jawab sebaiknya.
Dibawah adalah soalannya.
salam,utk pngtahuan Dr kucing sy bunting masa di vaksin utk dimandulkan.kami xtau tanda2 bunting n vet mungkin x perasan.masa dia berank ank dia mati n tetinggal uri n sekor lg dlm perut.kami da operate dlm 3hr leps.sy nak tau tips pnjagaan slpas operate?asked by nurshazuanee
Begini, selepas operate, kita akan biarkan kucing di dalam sangkar agar tidak bebas lepas untuk sekurangnya 3 hari sehingga seminggu mengikut keadaan luka operation. Makan minum perlu diberi sekurang 2 kali sehari. Sekiranya ada ubat diberikan oleh vet, jadi berikan mengikut masa ditentukan. Penting sekali, periksa luka jahitan 2 kali sehari, pagi dan petang. Pastikan jahitan tidak tertanggal terbuka. Pastika tiada pendarahan, kesan darah ataupun ada cecair keluar dari luka itu. Pemeriksaan luka jahitan perlu dilakukan sekurangnya untuk 4 hari 5hari pertama. Tengok juga aktiviti kucing itu, kalau ia mcam agresif nakal selalu gigit atau usik kawasan luka sila ke vet. Kita risau kucing dah gigit atau buang jahitan itu.
Check kawasan luka kalau bengkak, merah dan panas. Kalau bengkak sangat macam ada bisul sila bawa ke vet, kemungkinan ada local infection. Saya saran awak beli solcoceryl jelly kt farmasi dan sapu kawasan luka sehari sekali untuk mempercepatkan luka sembuh. Sila monitor kucing, kalau nampak ia macam pasif duduk diam tk macam biasa, kemungkinan dia demam. Jgn tunggu lama sila bawa ke vet. Selalunya selepas 2 minggu, benang akan tanggal sendiri dan luka dah sembuh dan kulit dah bercantum. Kalau tak sembuh dan nampak benang lagi, sila bawa ke vet untuk dibuang sendiri vet. Chances untuk kucing sakit demam selepas surgeri seperti di atas 30%. - 40%. Ini kerana ia adalah major surgeri, jadi perkara ini perlu dilihat serius. Ingat jika ada perubahan pada luka dan juga behaviour kucing dalam seminggu selepas operation, bawa ke vet. Itu sahaja jawapan dari saya. Semoga kucing awak sihat dan sembuh cepat.
Untuk pengtahuan awak, kalau kucing itu bunting puting susu akan membengkak, dia akan sedikit agresif kalau perut dipegang. Kucing bunting 2 bulan lebih sahaja, So mudah untuk melihat perubahan fizikal kucing,
Sekian wassalam
Dr Hafidz

Tuesday, January 1, 2013
Persoalan Kucing tak boleh kencing
salam Noor,
Soalan anda adalah
Ada seekor kucing jantan yang saya bela umur dalam lingkungan 1 th lebih, baru ni dia tak lalu makan dan tak boleh nak kencing dan saya dah bawa ke vet 4 hari yang lalu, sekarang selera makan dah ok sebab dia dibekalkan vitamin tetapi kencing masih sedikit dan masih susah nk kencing, apa yang harus saya buat....
Jawapan
Saya cuba bantu awak.
kencing yang sikit tu warna apa, ada keluar darah atau merah atau kuning pekat atau cair. Dia kencing kat pasir atau tempat lain? Begini saya akan bantu, kalau kencing tu cair atau kuning pekat masih tidak kronik. Kalau dh ada warna merah keluar memang kronik, Vet tu ada cuba keluarkan air kencing dengan picit pundi kencing kucing tu tak. Adakah pundi kencing dia membesar.
Masalah ini berkaitan batu karang dlm pundi kencing atau dipanggil FLUTD
Saya syor awak ubah makanan yg biasa ia makan, beli makanan kucing nama k/d atau c/d diet tu khas untuk kucing masalah tak kencing, Kucing awak perlu disediakan satu mangkuk air bersih setiap hari.
Saya ada satu cara lagi, kucing saya pernah kena macam ni, saya beri minum air blender lobak putih untuk seminggu terus hilang masalah ni. Awak blend lobak putih campur air sikit, bagi minum satu sudu 3 kali sehari sekurangnya. Memang tak sedap pahit tapi berkesan.
Kalau dah kronik baik bawa ke vet, Vet akan flush pundi kenci kucing awak dn keluarkan semua kotoran batu karang.
Semoga berjaya
Dr Hafidz
Saturday, December 15, 2012
maafkan saya
Salam semua
Saya ingin memohon maaf kalau ada pembaca yang bertanya kan soalan pada saya di formspring dan saya tidak menjawab. Insya Allah selepas ini saya akan lebih peka, malah saya akan cuba membantu. Maybe saya juga akan membuka akaun twitter untuk kemudahan anda.
Satu lagi Insya Allah saya akan memulakan my own mobil klinik, saya akan pergi ke rumah mengikut appointment. Saya akan start memulakan mobile klinik ini Januari 2013 nanti; So nantikan khabar berita terbaru saya. Wassalam
Dr H

Tuesday, December 11, 2012
Hak dan kebebasan haiwan
Tahukah anda haiwan juga mempunyai hak sendiri yang perlu dihormati. Animal Right and Freedom ini bermula dengan memberi perhatian kepada haiwan ternakan namun kini ia digunakan meluas untuk semua spesis haiwan. Ada 5 hak semua:
5 hak atau freedom ini sesuai dijadikan garis panduan untuk owner haiwan terutamanya dari segi penjagaan kucing dan haiwan. Jadi nilaikan sendiri cara anda menjaga haiwan capai tak matlamat di atas. Haiwan tidak boleh berkata-kata atau tuntut hak mereka namun kita sebagai manusia yang bijak pandai seharusnya berfikir sewajarnya. Kita tidak mahu kes kucing mati dan terbiar semasa di boarding di hotel terjadi lagi.
- Freedom from hunger and thirst - bebas dari keadaan lapar dan dahaga
- Freedom from discomfort - Bebas dari keadaan ketidakselesaan
- Freedom from pain, injury and disease - Bebas dari kesakitan, cedera dan penyakit
- Freedom to express normal behaviour - Bebas untuk berkehidupan normal
- Freedom from fear and distress - Bebas dari perasaan takut, trauma dan masalah mental
5 hak atau freedom ini sesuai dijadikan garis panduan untuk owner haiwan terutamanya dari segi penjagaan kucing dan haiwan. Jadi nilaikan sendiri cara anda menjaga haiwan capai tak matlamat di atas. Haiwan tidak boleh berkata-kata atau tuntut hak mereka namun kita sebagai manusia yang bijak pandai seharusnya berfikir sewajarnya. Kita tidak mahu kes kucing mati dan terbiar semasa di boarding di hotel terjadi lagi.
Saturday, December 8, 2012
Nutrisi kucing yang perlu anda check yang bagus antioksida
Kesihatan kucing juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan
nutrisi yang seimbang. Doktor Veterinar telah mengenalpasti bahawa setiap
peringkat umur kucing mereka memerlukan pemakanan nutrisi yang berbeza. Malahan
cara atau gaya hidup kucing itu sendiri mempengaruhi keperluan nutrisi yang
secukupnya.
Apakah ciri-ciri atau criteria kucing itu sihat?
Mari kita lihat satu persatu,
- Tinja – kecil, tidak terlalu keras, kurang bau.
- Tapak kaki – kasar tapi tidak terlalu keras
- · Otot – tegap dan pembentukan lengkap
- · Hidung – bersih, lembut dan perlu sedikit lembap
- · Gigi – kuat, gusi merah sihat dan pernafasan tanpa bau busuk
- · Mata – cantik dan bersinar
- · Bulu – berkilat dan tebal
- · Tulang – kuat dan pembentukan sempurna
Pemakanan kucing yang bernutrisi atau tinggi nutrisi perlu
mempunyai formula antioksida bersama vitamin C, karotin beta, selenium dan
mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi. Dengan keseimbangan yang saya
sebutkan mampu untuk member perlindungan daripada radikal bebas yang merbahaya
kepada kucing dan memastikan sistem imuniti kucing kuat.
Apakah pakej lengkap pemakanan kucing yang bernutrisi tinggi
untuk melindungi dari radikal bebas.
Seperti yang saya sebutkan, pemakanan kucing yang bagus untuk
antioksida perlu mempunyai kadungan yang akan saya sebutkan dibawah:
- · Vitamin E – membantu proses pemulihan tubuh badan dari penyakit. Membantu mengurangkan kemungkinan penyakit jantung dan saraf. Mengurangkan kesan penuaan
- · Vitamin C – akan memberikan kuasa tambahan atau boster kepada keupayaan vitamin E. Membantu melindungi daripada penyakit kanser.
- · Selenium – meningkatkan keupayaan keperluan vitamin E. Membantu menghasilkan enzim tertentu untuk melindungi badan dari kerosakan proses oksida.
- · Beta- carotene – membantu membina sistem imuniti yang kuat. Kompenen penting untuk melawan kebanyakan penyakit kucing
Sumber makanan vitamin E boleh didapati dari bijirin,
manakala vitamin C boleh didapati kebanyakan buah-buahan seperti sitrus.
Manakala selenium didapati dari makanan laut serta bawang putih, dan akhir
sekali sumber makanan bagi beta-carotine sudah tentu dari lobak dan tomato.
Dengan kombinasi komponen makanan antioksida di atas maka ia
dapat membantu kucing anda :
·
- Membina sistem imuniti yang sihat dan kuat
- · Melindungi kucing dari risiko penyakit
- · Secara klinikal mampu mengurangkan kerosakan sel.
Jadi secara kesimpulan saya boleh katakan keperluan nutrisi
yang betul perlu mempunyai komponen anti oksida yang mana terbukti boleh member
pelbagai manfaat bagi anda dan kucing. Ingat apabila membeli makanan kucing
yang pelbagai brand, perlu ada komponen antioksida yang tinggi iaitu vitamin E,
vitamin C, selenium dan beta-carotine. Insya-Allah, tanpa usaha pasti tidak berjaya
itulah ramuan ke arah pemakanan sihat.
Sehingga kita berjumpa lagi pada tulisan saya yang lain.
Semoga hidup anda dan kucing anda dirahmati tuhan. Wassalam
Thursday, November 1, 2012
sedikit maklumat tentang masalah pundi kencing kucing atau flutd
salam semua,
ok hari ni saya akan berbincang hal atau masalah kucing secara santai. flutd atau feline lower urinary tract disease adalah masalah biasa yang boleh berlaku pada kucing. kenapa saya cakap macam tu, sebab apabila kucing mula makan makanan kucing yg dibuat kilangmaka pelbagai ragam dan masalah kesihatan boleh timbul. saya bagi contoh mudah, pernah dengar smartheart cat food, brand mempunyai kandungan garam atau sodium yang lebih tinggi dr makanan kucing biasa. so ia boleh memberi masalah terutama pada kucing baka parsi.
baiklah, saya akan cover part pertama perbincangan iaitu simptom atau sign lower urinary tract. antara sign yang biasa diketahui ialah kucing anda akan mula kencing di kawasan merata rata. maksudnya kucing anda tak sempat nak ke tandas lah tu. sign kedua yang perlu anda awasi ialah resah dam tak senang duduk kucing anda. kucing anda sentiasa menjauhi diri dan tak nak makan, sebab pundi kencing dia sakit. so bila sakit pundi kencing, ada kucing lak akan selalu ke pasir kucing. kucing juga akan kelihatan berasa sursah nak kencing. payah nak keluar air kencing. kalau dapat kencing pun anda akan dapat lihat air kencing berdarah.
semua sign di atas berlaku kerana kucing anda mempunyai saluran kencing yang tersumbat. ini mungkin terjadi kerana pemakanan yang kurang sesuai dan tak sihat. punca lain ialah kucing anda kurang bersenam atau membuat aktiviti fizikal asyik duduk dalam rumah ajer. atau kucing anda kurang pengambilan air secara harian. ada sebab kenapa kucing anda kurang pengambilan air. salah satu kerana kucing tidak akan minum air dalam mangkuk yang tidak penuh, atau mangkuk itu terlalu kecil, atau diletakkan di kawasan yamg bising atau diletakkan dekat dengan pasir kucing. kucing yang mengalami obesiti juga ada kemungkinan untuk mendapat masalah flutd jadi beringat lah kucing tabby pun tak bagus juga.
so apa yang terbaik untuk kucing anda jika masalah ini datang. yang terbaik anda kena bawa ia ke klinik vet kerana kami doktor vet biasa hadapi masalah ini dan tahu cara untuk membantu memulihkan.
ok lah ini sahaja dulu dari saya, semoga bertemu lagi.
wassalam
DR.H

Subscribe to:
Posts (Atom)
2025 tahun yang hebat
Assalamualaikum Kita telah memasuki tahun 2025 Dan sekarang ia telah memasuki bulan Mei. Ini bermakna sudah 4 bulan berlalu dan tinggal 8 b...
-
Gambar-gambar di atas adalah merupakan contoh bagaimana rupa kucing anda jika dijangkiti penyakit ini. Yang pasti ianya membuatkan anda tida...
-
Salam sejahtera, saya hendak membawa kepada satu soalan yang ditanyakan kepada saya, Kepada Syazana saya cuba membalas menggunakan alamat em...
-
Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua, Saya kembali untuk menjawab persoalan anda secepat mungkin dan tahun ini saya berazam u...